25.10.08

Contoh Format Kertas Kerja

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN BAGI PEMBIAYAAN
PERALATAN MUZIK UNTUK ‘WIND ORCHESTRA’
SEK MEN SULTAN ABDUL HALIM, JITRA, KEDAH.


1.0 PENDAHULUAN

Pasukan Pancaragam sekolah ini telah ditubuhkan pada awal tahun 70an. Pada masa itu pasukan ini lebih merupakan sebuah ‘militery band’ di mana alat-alat muziknya terdiri daripada alat drum, bag pipe dan alat-alat brass. Sehinggalah pada tahun 2000, hanya beberapa alat didapati masih boleh digunakan iaitu 2 trumpet, 1 trombon, 1 euphonium, 2 clarinet, 6 snare drum dan sebuah bass drum.

Pada akhir tahun 2000, pihak sekolah telah menerima peruntukan kewangan sebanyak RM 80 000 dari pihak kementerian untuk membeli alat-alat muzik . Melalui peruntukan ini pihak sekolah telah menubuhkan sebuah pasukan ‘Wind Orchestra SMSAH’ untuk pertandingan ‘Wind Orchestra’ antara SBP yang diadakan di Sek Tunku Abdul Rahman, Ipoh pada tahun 2001. Dalam pertandingan yang julung kalinya disertai oleh pasukan sekolah telah meraih Anugerah Perak dan berjaya memasuki pertandingan akhir.

Pencapaian terbaik pasukan ‘Wind Orchestra SMSAH’ setakat ini ialah mendapat naib Johan pada tahun 2003 dan Johan dalam pertandingan Wind Orchestra antara SBP 2004 di Sek Dato’ Abdul Razak, Seremban. Walau bagaimanapun pencapaian ini amat sukar bagi kami untuk kekalkan kerana hampir separuh daripada alat-alat yang digunakan dalam pertandingan-pertandingan tersebut merupakan alat-alat yang dipinjam dari sekolah lain.

Berbagai cara dan aktiviti telah dijalankan oleh Pertubuhan Pancaragam SMSAH dalam usaha untuk mendapat sumbangan dari pelbagai pihak dan setakat ini hasilnya amat mengecewakan.


2.0 OBJEKTIF

2.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan wind orkestra yang mantap
2.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari pendidikan muzik di sekolah dengan lebih menyeluruh.
2.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain alat muzik dengan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.
2.4 Dapat mewujudkan ‘sekolah berwatak’ melalui pasukan wind orkestra.
2.5 Pihak sekolah tidak perlu lagi meminjam alat muzik dari sekolah lain yang boleh menimbulkan banyak masalah.


3.0 RASIONAL

3.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar asrama yang meminati bidang muzik
3.2 Melalui aktiviti pasukan wind orkestra ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang akedamik.
3.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan yang dianjurkan.
3.4 Pasukan pancaragam SMSAH merupakan satu-satunya pasukan yang terdapat dalam Daerah Kubang Pasu dimana sering dijemput untuk majlis-majlis dan upacara-upacara yang tertentu, jadi adalah wajar pasukan ini diberi kelengkapan yang secukupnya untuk memberi khidmat yang terbaik.





4.0 AKTIVITI-AKTIVITI

4.1 Sepanjang tahun
4.11 Hari Sukan Sekolah.
4.12 Hari Sukan Daerah Kubang Pasu.
4.13 Majlis Penutupan Pertandingan Kawad Peringkat Negeri Kedah.
4.14 Menyertai Pertandingan Wind Orchestra antara Sekolah Bersarama
Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia
4.15 Persembahan pada Hari Anugerah Cemerlang SMSAH.
4.16 Persembahan pada Hari Malam Kemerdekaan peringkat sekolah.
4.17 Jemputan ke Hari Sukan Universiti Utara Malaysia.
4.18 Persembahan Hari Ko Kurikulum Peringkat Negeri Kedah.
4.19 Menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kedah.
4.110 Menyertai Perbarisan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah.

5.0 PERANCANGAN


5.1 Mewujudkan sebuah pasukan wind orkestra yang mempunyai ahli
sekurang-kurangnya 70 orang ahli.
5.2 Mewujudkan ‘Sekolah Berwatak’ melalui ‘Wind Orchestra’.
5.3 Menghasilkan sebuah pasukan ‘Wind Orchestra’ yang mantap sekurang-
kurangnya mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan.








6.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN


BIL INSTRUMENT KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH
(RM)
1 Yamaha Piccolo 1 3800 3800
2 Yamaha Flute 1 2200 2200
3 Yamaha Oboe. 1 7000 7000
4 Yamaha klarinet 6 2200 13200
5 Yamaha Bass klarinet 1 12000 12000
6 Yamaha French Horn 3 8000 24000
7 Yamaha Trombon 2 2600 5200
8 Yamaha Bass Trombon 1 6000 6000
9 Yamaha BBb Bass Tuba 2 20000 40000
10 Xylophone 1 12000 12000
JUMLAH 125 400


7.0 PENUTUP


Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini.
Sesungguhnya bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu pasukan wind orkestra sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini, pasukan wind orkestra akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa.

1 k0men:

Anonymous said...

x dew pepe prkmbangan kew..??
cdehnyer..
huhu...

 
Template by Exotic Mommie and by Garcya